LENSA KPWKM

MESYUARAT PENUTUPAN PELAKSANAAN INSPEKTORAT ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN (AKKP) DI KPWKM

Mesyuarat      22 Ogos 2025      KPWKM    

Mesyuarat Penutupan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP)

22 Ogos 2025

YBrs. Puan Norhadznita Binti Mohammad Ilham, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Perolehan KPWKM hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penutupan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 36, KPWKM.

Perkara yang diberi fokus sepanjang tiga hari pemeriksaan ini adalah:

*Keselamatan perlindungan
*Keselamatan fizikal
*Keselamatan rahsia rasmi
*Keselamatan rahsia rasmi dalam persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi ict
*Keselamatan peribadi
*Pengurusan kesinambungan perkhidmatan

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada ahli pasukan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) atas pengendalian sesi inspektorat dan kehadiran dalam Mesyuarat Penutupan Inspektorat Tahun 2025. Tidak dilupakan sekalung tahniah juga kepada semua yang terlibat sepanjang tiga hari pemeriksaan ini berlangsung.

Tahniah kepada Team KPWKM untuk pencapaian yang cemerlang.

ATAS
Accessbility Option