Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

PERJUMPAAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (OPERASI) KPWKM BERSAMA KADET PTD PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPA) INTAN TAHUN 2025

Program      5 March 2025      KPWKM    

Seramai empat (4) orang Kadet PTD Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN Tahun 2025 yang sedang menjalani Submodul _Strategic Partnership Programme_ (SPP) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bermula 24 Februari sehingga 28 Mac 2025 berpeluang menghadiri sesi ramah mesra bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi hari ini.

Semasa perjumpaan tersebut YBrs. TKSU (O) telah berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang PTD. Beliau juga menekankan mengenai gaya kepimpinan yang perlu dimiliki seorang pegawai PTD Muda. YBrs. Puan TKSU(O) turut menekankan kepentingan memahami dasar dan peranan KPWKM dalam memperkasa golongan wanita, keluarga, serta masyarakat secara keseluruhan. Beliau turut menasihati Kadet PTD agar memanfaatkan pengalaman ini untuk membina perspektif yang lebih luas mengenai cabaran dan realiti kepimpinan sektor awam.

Selaian itu, sesi ini juga memberi ruang kepada Kadet PTD untuk berkongsi pengalaman serta pandangan mereka sepanjang tempoh dua minggu pertama menjalani submodul SPP di KPWKM.

Pada akhir sesi, YBrs. Puan TKSU(O) telah menyatakan harapannya agar latihan yang diikuti ini bukan sahaja menjadi pendedahan awal kepada mereka dalam mendepani persekitaran kerja sektor awam malah juga sebagai platform pembelajaran dan memberi inspirasi kepada mereka dalam membentuk jati diri sebagai pegawai yang berdaya saing dan berintegriti tinggi.

ATAS
Accessbility Option