LENSA KPWKM

MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI DAN MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM) TAHUN 2026

Mesyuarat      16 Oktober 2026      PAHANG    

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Tahun 2026

16 Oktober 2026

Komunikasi yang baik dan hubungan yang erat antara pihak pengurusan dengan warga kerja merupakan asas penting dalam mewujudkan suasana kerja yang harmoni, positif dan kondusif.

Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diadakan yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

Mesyuarat ini memberi fokus kepada perbincangan mengenai hala tuju strategik KPWKM, penetapan sasaran prestasi serta perancangan belanjawan bagi tahun 2027, selain pembentangan berkaitan program-program yang akan dilaksanakan di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi.

Perbincangan ini turut menjadi ruang untuk menyelaraskan keutamaan pelaksanaan, memastikan penggunaan sumber secara optimum serta memperkukuh kerjasama antara pihak pengurusan dengan warga kerja dalam mencapai matlamat organisasi.

KPWKM terus komited memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan memupuk budaya kerja yang produktif demi merealisasikan aspirasi Kementerian serta kesejahteraan rakyat.

Turut sama hadir dalam mesyuarat ini ialah Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta Ketua-Ketua Bahagian dan Unit di KPWKM.

ATAS
Accessbility Option