Hari Pertama: Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak
13 Jun 2025
Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak membuka tirai pada hari ini yang berlangsung di Lumut Waterfront, Perak. PMR 2025 yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku sekretariat induk dengan kerjasama strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai kementerian peneraju dan Kerajaan Negeri Perak selaku tuan rumah mengetengahkan tema Pendidikan Tinggi Pemacu Negara MADANI.
Reruai KPWKM meriah dengan kunjungan orang ramai yang hadir bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan disediakan Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM antaranya Kaunter Perkhidmatan Talian Kasih 15999, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN, Pemeriksaan Kesihatan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Saringan Kanser Reproduktif Wanita dan lain-lain lagi.
Ayuh orang-orang Lumut dan sekitarnya. Kami masih ada di sini esok! Jom datang beramai-ramai dan rasai sendiri keterangkuman perkhidmatan untuk semua.