LENSA KPWKM

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PELAN STRATEGI KEBANGSAAN BAGI MENANGANI PUNCA PERKAHWINAN BAWAH UMUR BIL.1 2025

Mesyuarat      17 Disember 2025      KPWKM    

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur Bil.1 /2025

17 Disember 2025

Bagi memantau hala tuju pelan dan status pelaksanaan tindakan serta program yang dirancang KPWKM dalam menangani punca perkahwinan bawah umur, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur Bil.1 /2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 32 dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur adalah selaras dengan komitmen negara terhadap Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) iaitu kanak-kanak seharusnya diberikan peluang untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.

Ini kerana perkahwinan pada usia muda perlu dielakkan kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan reproduktif dan seksual serta kesihatan emosi dan mental. KPWKM menyeru kerjasama dan perhatian yang serius daripada semua pihak termasuk Kementerian dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memastikan kanak-kanak dapat hidup dengan sejahtera.

ATAS
Accessbility Option