LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH MS. SANJA SARANOVIC, TIMBALAN WAKIL UNICEF MALAYSIA KE ATAS YBRS. TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK) KPWKM

Mesyuarat      18 September 2025      KPWKM    

KUNJUNGAN HORMAT OLEH MS. SANJA SARANOVIC, TIMBALAN WAKIL UNICEF MALAYSIA KE ATAS YBRS. TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK) KPWKM

YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi UNICEF Malaysia yang diketuai oleh Ms. Sanja Saranovic.

Kunjungan hormat ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang kebajikan dan perlindungan kanak-kanak. Antara topik yang menjadi fokus perbincangan termasuklah peluasan program Family-Based Care (FBC), inisiatif Alternatif kepada Tahanan Imigresen (ATD), kebajikan kanak-kanak berkeperluan khas dan persediaan Malaysia menjelang sesi Dialog Konstruktif Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) pada tahun 2026.

Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil-wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik serta Bahagian Hubungan Antarabangsa.

KPWKM amat menghargai sokongan berterusan UNICEF serta kekal komited untuk menjalin kerjasama erat demi memperkukuh sistem perlindungan kanak-kanak dan memastikan kebajikan kumpulan sasar kementerian terus terpelihara.

ATAS
Accessbility Option