LENSA KPWKM

SESI MOCK SESSION DIALOG KONSTRUKTIF LAPORAN BERKALA KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK KANAK (CRC)

Mesyuarat      23 September 2025      Kuala Lumpur    

SESI MOCK SESSION DIALOG KONSTRUKTIF LAPORAN BERKALA KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK (CRC) BERSAMA UNITED NATIONS CHILDRENS’S FUND (UNICEF) DAN OFFICE OF THE UNITED NATIONS HIGH COMMISSIONER FOR HUMAN RIGHTS (OHCHR)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini sedang aktif melakukan persiapan sebagai delegasi Malaysia yang akan membentangkan Laporan Berkala Kedua Hingga Keempat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Justeru itu, KPWKM dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights telah menganjurkan sesi Mock Session Dialog bersama jawatankuasa CRC yang turut disertai setiap Kementerian/Agensi yang berkaitan.

Sesi ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 September 2025 dengan disertai pegawai-pegawai kanan dan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert, SME) dengan objektif bagi membincangkan isu kanak-kanak yang perlu diberi perhatian oleh delegasi Malaysia kelak.

Sesi perbincangan turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan pegawai-pegawai Kementerian.

ATAS
Accessbility Option