Malaysia dengan kerjasama International Federation of Business and Professional Women (BPW) telah menganjurkan satu acara sampingan bertajuk “Empowering Gender Equality: Breaking Barriers”. Semasa sesi ini, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM selaku Ketua Delegasi telah menyampaikan ucaptama.
YBhg. Datuk Dr. KSU dalam ucapannya memberi tumpuan kepada usaha yang diperlukan bagi memastikan kesaksamaan gender dalam ruang digital.
Beliau memaklumkan yang Malaysia komited untuk memastikan inklusiviti dalam ekonomi digital, seperti yang digariskan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MDEB). Rangka tindakan tersebut turut memberi fokus kepada pemerkasaan dan peningkatan kemahiran wanita, terutamanya dalam sektor seperti e-dagang dan fintech.
Pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membantu untuk mewujudkan inklusiviti dan pengalaman yang lebih selamat untuk wanita dalam talian. Namun, kerjasama antara kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta adalah penting bagi memastikan dasar digital yang responsif terhadap gender serta memastikan wanita mendapat akses kepada peluang serta perlindungan dalam dunia digital.
Turut sama menyampaikan ucapan semasa sesi ini ialah Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, TYT Dato’ Dr Ahmad Faisal Muhamad, Wakil Tetap Nepal ke PBB di New York, TYT Lok Bahadur Thapa serta Presiden BPW International, Diana Barragan.
LENSA KPWKM
HARI KEDUA SESI KE-69 COMMISSION ON THE STATUS OF WOMEN (CSW 69), IBU PEJABAT PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT
Program 11 March 2025 New York, Amerika Syarikat