LENSA KPWKM

PROGRAM SINAR SYAWAL YKN & JELAJAH KASIH PSSS “SA DENGAR SA TULONG BAH”

Program      13 Mac 2026      Sabah    

Program Sinar Syawal YKN & Jelajah Kasih PSSS “Sa Dengar Sa Tulong Bah”

13 Mac 2026

KPWKM terus menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan dengan menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan kumpulan sasar. Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir ke Masjid Nurul Jihad, Lahad Datu bagi Program Sinar Syawal YKN dan Jelajah Kasih PSSS yang menghimpunkan komuniti setempat dalam semangat kebersamaan.

Program ini merupakan antara usaha untuk mendekati masyarakat serta membantu individu dan keluarga yang
menghadapi tekanan hidup atau cabaran emosi.

Dalam majlis ini, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 100 keluarga di sekitar Lahad Datu sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Selain itu, YB Menteri turut menyampaikan peruntukan geran berjumlah RM120,000 kepada empat penerima bagi menyokong aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan kebudayaan di kawasan berkenaan. Peruntukan tersebut melibatkan Masjid Nurul Jihad, Masjid Nurul Ulum, Persatuan Sukan, Rekreasi dan Budaya Segama Lahad Datu serta Persatuan Seni Budaya Idaan Kampung Segama Lahad Datu.

Diharapkan sumbangan dan peruntukan yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkukuh aktiviti komuniti, mempererat hubungan masyarakat serta memelihara warisan budaya tempatan agar terus berkembang untuk generasi akan datang.

ATAS
Accessbility Option