LENSA KPWKM

PROGRAM KESEDARAN KANSER PAYUDARA

Program      29 Oktober 2025      KPWKM    

Sebarkan Kesedaran, Selamatkan Nyawa

29 Oktober 2025

Kanser payudara tidak mengenal usia atau latar belakang. Namun satu perkara pasti pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa. Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama PUSPANITA KPWKM dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) telah menganjurkan Program Kesedaran Kanser Payudara bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan saringan awal serta memupuk sikap peduli terhadap kesejahteraan wanita.

Bertemakan “Bersatu Demi Wanita: Sebarkan Kesedaran, Selamatkan Nyawa”, YBrs. Puan Fatimah Zuraidah binti Salleh, Timbalan Pengerusi I, PUSPANITA KPWKM, dalam ucapannya menyeru agar para wanita saling menjadi sistem sokongan yang kuat antara satu sama lain, dan menggalakkan mereka tampil membuat saringan apabila berhadapan dengan isu kesihatan.

Antara pengisian menarik program hari ini ialah:

-Ceramah Kesedaran Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa
-Pocket Talk: Bual bicara Inspirasi bersama Survivor & NCSM
-Demonstrasi Pemeriksaan Sendiri Payudara (BSE)

Turut disediakan pelbagai perkhidmatan saringan dan advokasi merangkumi:
- Saringan Jejak Kanser
- Pemeriksaan Klinikal Payudara
- Pendaftaran Subsidi Ujian Mamogram & HPV DNA
- Promosi Advokasi Infertiliti (BuAi)
- Pengumpulan Barang-Barang Terpakai

-Mulakan langkah anda hari ini dengan pemeriksaan awal.
Kesihatan adalah anugerah paling berharga dan hadiah terbaik buat insan tersayang yang mahu melihat kita terus sihat dan bahagia.

ATAS
Accessbility Option