LENSA KPWKM

“SEMINAR AND STAKEHOLDER CONSULTATION” THE MALAYSIA CARE ECOSYSTEM ASSURING THE QUALITY OF CAREGIVERS

Program      21 Mei 2026      Kuala Lumpur    

“Seminar and Stakeholder Consultation” The Malaysia Care Ecosystem: Assuring the Quality of Caregivers

21 Mei 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah hadir bagi menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan “Seminar and Stakeholder Consultation” The Malaysia Care Ecosystem: Assuring the Quality of Caregiver yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Program anjuran National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO) dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya dengan kerjasama KPWKM ini bertujuan membincangkan hala tuju ekosistem penjagaan negara yang lebih mampan dan berkualiti di samping memperkukuh peranan penjaga sebagai tonggak kesejahteraan masyarakat.

YB Menteri dalam ucaptamanya menekankan tentang peranan penjaga warga emas yang perlu diiktiraf sebagai profesion berkemahiran. Selain itu, turut diketengahkan keperluan mewujudkan standard kebangsaan yang menetapkan kelayakan serta laluan kerjaya yang jelas untuk golongan penjaga.

KPWKM terus komited memperkukuh ekosistem penjagaan negara dengan membangunkan standard penjagaan kebangsaan bagi warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menetapkan tanda aras minimum dalam memastikan perkhidmatan penjagaan dilaksanakan secara selamat, beretika dan bermaruah. Seramai 2,000 penjaga warga emas juga akan dilatih pada tahun ini sebagai persediaan menghadapi status negara menua menjelang tahun 2036.

Usaha memperkukuh ekosistem penjagaan perlu dilaksanakan secara menyeluruh sejajar dengan keperluan negara yang berdepan peningkatan populasi warga emas pada masa akan datang.

ATAS
Accessbility Option