Sesi Kunjungan Hormat Delegasi National Council of Women’s Organisations (NCWO) Malaysia Kepada YB Menteri KPWKM
21 Julai 2026
Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada National Council of Women’s Organisations (NCWO) Malaysia di Parlimen. Delegasi NCWO tersebut diketuai oleh Yang Berbahagia Profesor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Presiden NCWO. Sesi ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, YBrs. Puan Hanani binti Sapit.
Sesi pertemuan ini menjadi medan perbincangan strategik bagi memperkukuh jalinan kerjasama berterusan antara KPWKM dan NCWO, khususnya dalam memperkasakan agenda pembangunan serta kesejahteraan wanita di seluruh negara.
KPWKM amat menyokong inisiatif strategik ini yang selari dengan matlamat Agenda Negara Menua. Terima kasih NCWO atas komitmen dan kerjasama erat yang berterusan bersama KPWKM!