LENSA KPWKM

KARNIVAL WARGA EMAS 2026: WARGA EMAS DISAYANGI, NEGARA HARMONI

Program      3 Oktober 2026      Melaka    

KARNIVAL WARGA EMAS 2026: WARGA EMAS DISAYANGI, NEGARA HARMONI

3 Oktober 2026

Meriah dan penuh keceriaan! Inilah antara momen sekitar Karnival Warga Emas 2026 sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Mengangkat tema “Warga Emas Disayangi, Negara Harmoni”, karnival ini menghimpunkan warga emas dan masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang sihat, aktif serta menyeronokkan seperti senamrobik, Fun Walk, sukaneka dan Fun Games, sukan rakyat, pertandingan senamas serta pameran.

Kemeriahan program turut mencerminkan usaha berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam memperkukuh kesejahteraan warga emas melalui pendekatan yang menggalakkan penuaan aktif, kehidupan yang sihat, penglibatan sosial serta persekitaran yang menyokong kehidupan warga emas yang bermakna dan bermaruah.

Sambutan ini turut menjadi wadah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menghargai sumbangan, pengalaman dan peranan warga emas sebagai sebahagian daripada keluarga serta masyarakat.

Karnival Warga Emas 2026 telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Kalsom Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka.

ATAS
Accessbility Option