LENSA KPWKM

APEC WORKSHOP ON ADVANCING SUSTAINABILITY ADOPTION AMONG WOMEN-OWNED ENTERPRISES

Latihan      11 November 2025      Kuala Lumpur    

APEC Workshop on Advancing Sustainability Adoption Among Women-Owned Enterprises

11–12 November 2025

Selaras dengan peranan KPWKM selaku Focal Point kumpulan kerja Policy Partnership on Women and the Economy (PPWE) dalam memastikan penglibatan aktif Malaysia di peringkat APEC, KPWKM telah berjaya melaksanakan bengkel bertajuk “Advancing Sustainability Adoption Among Women-Owned Enterprises” dengan kerjasama strategik Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) dan kumpulan penyelidik yang diketuai oleh YBrs. Dr. Sonia Kumari A/P Selvarajan dari Universiti Malaya (UM).

Bengkel ini menghimpunkan usahawan-usahawan wanita, pemain industri dan tenaga pakar daripada beberapa ekonomi APEC termasuk Papua New Guinea, Indonesia, Filipina, China, Thailand dan Australia dengan matlamat untuk memperkukuh kapasiti usahawan wanita dalam mengamalkan prinsip kelestarian dan pelaporan (Environment, Social & Governance - ESG) bagi meningkatkan daya saing serta ketahanan perniagaan.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Satish a/l Ranggayah, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPWKM, yang mengetengahkan peranan wanita sebagai pemacu inovasi, pembangunan mampan dan pertumbuhan inklusif selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Dasar Wanita Negara 2025–2030.

KPWKM kekal komited memperkukuh penyertaan wanita dalam ekonomi hijau dan agenda kelestarian serta memastikan usahawan wanita terus menjadi peneraju pembangunan mampan dan pertumbuhan inklusif di Malaysia dan rantau APEC.

ATAS
Accessbility Option