LENSA KPWKM

CAPACITY-BUILDING TRAINING ON RESPONSE TO AGEING AMONG APT COUNTRIES

Mesyuarat      13 Oktober 2025      China    

Capacity-Building Training on Response to Ageing among APT Countries
 
“Capacity-Building Training on Response to Ageing among APT Countries” anjuran China Civil Affairs University dan Ministry of Civil Affairs of the People’s Republic of China telah diadakan pada 13 hingga 17 Oktober 2025 di Nanning, China.
 
Capacity-Building Training ini telah dihadiri oleh wakil Kementerian iaitu Puan Norfazlin binti Supari dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dan dua orang pensyarah Universiti Taylor iaitu YBrs. Dr. Chong Kim Mee dan YBrs. Dr. Lim Con Nee.
 
Sebanyak 6 modul telah dilaksanakan sepanjang 5 hari program berlangsung; Coordination of Regional Ageing Policies and Innovative Practice iaitu Development of Financial Reserves for Ageing; Talent Development of Ageing; Technological Innovation and Product Application for Ageing; Cutting-Edge Eldercare Technologies and Applications dan Standards and Practices of Core Technologies in Age-Friendly Environment Transformation. Keenam-enam modul tersebut dilaksanakan melalui pembentangan kertas kajian daripada pakar termasuk penyelidik, pensyarah dan wakil Ministry of Civil Affairs.
 
Pada hari keempat, setiap peserta berpeluang berkongsi pandangan dan idea berkaitan situasi semasa, cabaran dan cadangan penambahbaikan berkaitan age-friendly environment, assistive products dan teknologi yang boleh dilaksanakan oleh setiap negara ASEAN yang terlibat. Wakil KPWKM turut berkongsi input mengenai Bantuan Warga Emas (BWE) yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta program Seniors Back In Action (SEBA) yang disediakan oleh HRD Corp di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pada hari terakhir turut diadakan lawatan ke Foresea Life Insurance Nanning Hospital, Joyful Journey Healthcare Centre dan College of ASEAN Studies.

ATAS
Accessbility Option