YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Qube Intergrated Malaysia Sdn. Bhd yang diketuai oleh Puan Michelle Lau selaku Pengarah Projek.
Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan mendapatkan sokongan bagi pelaksanaan WE2025: Future In Motion yang dijadualkan berlangsung pada bulan November 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa, Kuala Lumpur. WE2025 merupakan satu platform dinamik bagi kepimpinan, perniagaan dan inovasi merangkumi Pemerkasaan Wanita, Keusahawanan, Kecemerlangan, Ekuiti dan Evolusi dalam memacu perkembangan dan kemajuan ekonomi secara inklusif.
KPWKM amat mengalu-alukan dan sentiasa menyambut baik sebarang bentuk kerjasama yang ingin dilaksanakan demi menjamin kesejahteraan masyarakat khususnya kumpulan sasar Kementerian.