LENSA KPWKM

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KEPADA KELUARGA MANGSA NAHAS KEMALANGAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI DI GERIK, PERAK (BAHAGIAN 2)

Lawatan      18 Jun 2025      Terengganu    

Lawatan YB Timbalan Menteri Kepada Keluarga Mangsa Nahas Kemalangan Melibatkan Pelajar UPSI di Gerik, Perak (Bahagian 2)

18 Jun 2025

“Ibarat diberi peluang kedua”, itulah yang boleh digambarkan apabila menziarahi 7 orang pelajar UPSI yang terselamat dalam kemalangan bas di Gerik, Perak. Antara mangsa-mangsa yang diziarahi ialah Nurul Farhana Binti Ab Aziz, Siti Nurnajihah Binti Shihabuddin, Nik Khairulnisa Binti Ruzmi, Nur Ain Najwa Binti Mohd Ilias, Aleeya Maisarah Binti Azizzani, Nurul Ain Binti Omar dan Nur Aztierah Binti. M. Ariffin.

Lega rasa hati apabila melihat mereka kini bertambah semangat dan ceria. YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM sewaktu sesi ziarah telah menyantuni pelajar-pelajar ini dengan bertanyakan khabar mereka. Rata-rata mereka mengalami kecederaan di bahagian tangan serta kaki dan kini dalam tempoh pemulihan. Ada juga diantara mereka yang masih trauma dengan kejadian tersebut.

Sebagai sebuah kementerian yang menjaga kebajikan rakyat, KPWKM melalui YKN dan JKM telah menyampaikan bantuan menerusi Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa (PEKA YKN) dan Bantuan Tabung Bencana Segera JKM bagi meringankan beban mangsa sekeluarga.

Pasukan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN dan kaunselor-kaunselor JKM juga turut sama turun padang bagi memberikan perkhidmatan kaunseling, terapi dan sokongan emosi kepada mangsa-mangsa terlibat dalam mengharungi ujian di saat-saat sukar ini.

Kami di KPWKM bersimpati dengan nasib yang menimpa anak-anak pelajar UPSI ini dan berharap mereka segera sembuh dan kekal bersemangat untuk meneruskan pengajian kelak.

ATAS
Accessbility Option