TEMPAT KE-2 BAGI ANUGERAH RERUAI TERBAIK PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 PERAK
15.06.2025
Syabas dan Tahniah!
KPWKM telah merangkul Tempat Ke-2 bagi Anugerah Reruai Terbaik Program MADANI Rakyat 2025 Perak.
KPWKM sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik terus kepada rakyat melalui aktiviti di reruai dengan pengisian dan perkhidmatan yang memberi manfaat.
Sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada pasukan reruai KPWKM yang telah bertungkus lumus selama 3 hari menyantuni pengunjung-pengunjung dalam menyampaikan maklumat dan informasi berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan ditawarkan Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.