LENSA KPWKM

MESYUARAT KERJA TEKNIKAL PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN PEMADANAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM KEPADA ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Mesyuarat      30 Julai 2025      KPWKM    

Mesyuarat Kerja Teknikal Penambahbaikan Garis Panduan Pemadanan Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU)

30 Julai 2025

YBrs. Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Penambahbaikan Garis Panduan Pemadanan Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Mesyuarat ini merupakan platform penting dalam menetapkan hala tuju penyediaan Garis Panduan tersebut agar seiring dengan komitmen Kerajaan terhadap kesaksamaan hak dan penyertaan aktif OKU dalam sektor awam dan masyarakat. Mesyuarat ini turut membincangkan cadangan penambahbaikan ke atas Garis Panduan sedia ada agar lebih bersifat holistik dan relevan selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

KPWKM sentiasa komited dalam memastikan penyertaan OKU dalam perkhidmatan awam dilaksanakan secara inklusif dan berkesan. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam selaku peneraju utama perkhidmatan awam negara dan semua wakil Pihak Berkuasa Melantik.

ATAS
Accessbility Option