LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH YB SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) KEPADA YBTM KPWKM

Lawatan      2 Julai 2025      KPWKM    

Kunjungan Hormat YB Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ke Atas YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

2 Julai 2025

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan SPPU serta meneroka ruang kerjasama strategik antara KPWKM dan SPPU dalam usaha memperkasa pembangunan ummah dan kebajikan kumpulan sasar di bawah Kementerian.

Perbincangan turut menekankan peluang kolaborasi program yang inklusif, berimpak tinggi, dan memberi manfaat langsung kepada masyarakat.

KPWKM kekal komited untuk menjamin kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan program serta inisiatif kerjasama yang berkesan, menyeluruh dan lestari demi kesejahteraan wanita, keluarga, dan masyarakat di Malaysia.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah wakil-wakil daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta Panel-panel Pemikir Sekretariat Perundingan Pembangunan Ummah (SPPU).

ATAS
Accessbility Option