LENSA KPWKM

CERAMAH PROGRAM PENGHAYATAN NILAI-NILAI ISLAM SIRI 52026 SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H

Program      17 Ogos 2026      KPWKM    

Ceramah Program Penghayatan Nilai-nilai Islam Siri 5/2026 Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H

17 Ogos 2026

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Surau Al-Hasanah KPWKM hari ini telah menganjurkan Ceramah Program Penghayatan Nilai-Nilai Islam Siri 5/2026 sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H bertemakan “Inspirasi Khidmatul Ummah (Melayani Umat) Gaya Rasulullah”.

Program yang berlangsung di Auditorium Aras ini dihadiri oleh kira-kira 75 orang warga KPWKM, Jabatan dan Agensi. Ceramah telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi bin Azmi, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, yang mengupas tentang keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW sebagai uswah hasanah dalam menyantuni serta melayani umat. Perkongsian turut menekankan contoh teladan Rasulullah SAW dalam bermuamalah dengan ahli keluarga, wanita, masyarakat dan golongan orang kurang upaya (OKU), termasuk pendekatan Baginda yang penuh kasih sayang, empati, ihsan dan menghormati maruah setiap individu.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan pengisian ilmu dan rohani yang bermakna kepada para peserta serta menyemai kesedaran untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan dan perkhidmatan. Diharapkan penghayatan tersebut dapat diterjemahkan melalui budaya kerja yang lebih berintegriti, berempati, prihatin dan berteraskan nilai Khidmatul Ummah, selaras dengan aspirasi KPWKM dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada masyarakat.

ATAS
Accessbility Option