Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

MESYUARAT KOLABORASI STRATEGIK DAN KUNJUNGAN HORMAT OLEH PEGAWAI SURUHANJAYA TINGGI AUSTRALIA KEPADA SEKTOR STRATEGIK KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Mesyuarat      10 April 2025      KPWKM    

YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KWPKM telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Tinggi Australia yang diketuai oleh Clare Gatehouse, political-Economic Counsellor.

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk meneliti dan meneroka peluang kolaborasi yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua negara khususnya berkaitan Industri Penjagaan dan pemerkasaan kumpulan sasar KPWKM.

KPWKM terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan kumpulan sasar. Semoga jalinan kerjasama ini terus mengukuhkan hubungan antarabangsa dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian dan wakil daripada Bahagian Kolaborasi Strategik, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Hubungan Antarabangsa serta wakil daripada Pejabat Menteri.

ATAS
Accessbility Option