LENSA KPWKM

KPWKM PERKUKUH LIBAT URUS BERSAMA NGO DAN PIHAK SWASTA DALAM MEMPERKASA PERLINDUNGAN WARGA EMAS

Program      31 Oktober 2026      Selangor    

KPWKM Perkukuh Libat Urus Bersama NGO dan Pihak Swasta Dalam Memperkasa Perlindungan Warga Emas

31 Oktober 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai program Forum & Exhibition on “Ageing with Dignity: Shaping Malaysia’s Older Persons Bill for a Just and Caring Society” yang berlangsung di Auditorium Tun Tan Cheng Lock College of Nursing School, Assunta Hospital, Petaling Jaya, Selangor.

Delegasi KPWKM diketuai oleh YBrs. Encik Asmar Asmadi Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Masyarakat (BKM) bersama-sama dengan pegawai daripada Unit Dasar Warga Emas, BKM, iaitu Puan Siti Nurul Munawirah binti Mohamad Roslan, Penolong Setiausaha, Puan Norfazlin binti Supari, Penolong Setiausaha dan Cik Wan Nazirah binti Wan Mohd Salleh, Penolong Setiausaha.

Dalam program tersebut, YBrs. Encik Asmar Asmadi telah menyampaikan ucaptama serta menyertai sesi perbincangan panel bertajuk “From Policy to Law: The Legal Architecture of the Older Persons Bill”, mewakili pihak Kementerian. Sesi ini membincangkan aspek kerangka perundangan dan hala tuju penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Warga Emas.

Penyertaan KPWKM dalam program ini turut dimanfaatkan sebagai salah satu platform sesi libat urus strategik bersama-sama wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta bagi mendapatkan pandangan, cadangan serta input substantif untuk menambah baik RUU Perlindungan Warga Emas dan Dasar Warga Emas Negara.

Pendekatan libat urus yang inklusif ini penting bagi memastikan penggubalan dasar dan perundangan mengambil kira keperluan, cabaran serta realiti kehidupan warga emas, di samping memperkukuh peranan pelbagai pihak dalam ekosistem penjagaan dan perlindungan warga emas.

KPWKM akan terus bekerjasama erat dengan semua pihak dalam memperkasa perlindungan warga emas.

Menua dengan bermaruah, hidup dalam masyarakat yang prihatin.

ATAS
Accessbility Option