LENSA KPWKM

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) TAHUN 2026

Latihan      4 Ogos 2026      Selangor    

Kursus Modul Pengukuhan Governans Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Tahun 2026

4 - 6 Ogos 2026

Kursus Modul Pengukuhan Governans Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Tahun 2026 anjuran Unit Integriti KPWKM telah berlangsung dengan jayanya di Pulau Carey, Selangor

Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memastikan peserta memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai usaha-usaha yang berkaitan dengan aspek governans, integriti, dan pencegahan rasuah.

Di samping itu, kursus ini turut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan peserta tentang kepentingan nilai-nilai tersebut dalam konteks perkhidmatan awam dan pengurusan organisasi.

Penceramah jemputan, PsK Mohd Zamizar bin Zakaria dari Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah menyampaikan sesi ceramah dengan dibantu oleh seorang fasilitator, iaitu KPKPs Mohd Zamir bin Ahmad Zubid yang turut mewakili Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 32 orang warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) termasuk wakil dari jabatan dan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Institut Sosial Malaysia (ISM).

Penganjuran kursus ini juga adalah selari dengan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan nilai integriti dan ketelusan dalam pentadbiran serta memperkasakan penjawat awam agar bebas daripada sebarang salah laku yang boleh menjejaskan reputasi perkhidmatan awam secara keseluruhan.

ATAS
Accessbility Option