LENSA KPWKM

ASEAN WORKSHOP ON CHILDREN WHO SHAPE TOMORROW LEADING THE WAY TO ASEAN COMMUNITY VISION 2045

Program      24 September 2025      Thailand    

ASEAN Workshop on Children Who Shape Tomorrow : Leading the way to ASEAN Community Vision 2045

Malaysia telah menghantar delegasi menyertai ASEAN Workshop on Children Who Shape Tomorrow : Leading the way to ASEAN Community Vision 2045, yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Malaysia diwakili oleh tiga kanak-kanak yang merupakan Ahli Majlis Perwakilan Kanak-kanak iaitu:
i) Saudara Tan Wen Kai (Johor)
ii) Saudari Varshaa a/p Gopal (Melaka)
iii) Saudari Shofiyyah Raudhah binti Mohd Asri (Perlis)

Delegasi Malaysia diiringi oleh pegawai daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan juga Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK). Melalui sesi ini, para peserta telah berpeluang berinteraksi bersama kanak-kanak dari negara ASEAN lain, termasuk Timor Leste untuk memberikan pandangan dan mengemukakan resolusi bagi mencapai ASEAN Community Vision 2045 yang menekankan enam perkara iaitu pendidikan, social inclusion, inovasi dan keusahawanan, kemampanan (sustainability), persekitaran serta hak kanak-kanak dan perlindungan.

Penglibatan kanak-kanak dalam platform ini juga mengangkat kepentingan peranan kanak-kanak dalam penggubalan polisi dan inovasi bagi memastikan pembangunan sosial yang mampan merentasi negara ASEAN.

Penglibatan aktif delegasi Malaysia telah mendapat pujian negara peserta yang lain dan Saudara Tan Wen Kai telah diberi penghormatan untuk membentangkan resolusi yang telah dipersetujui oleh kanak-kanak menjelang 2045 untuk ASEAN Community Vision 2045.

ATAS
Accessbility Option