LENSA KPWKM

BENGKEL PEMURNIAN BUKU “MENAKHODAI AGENDA SOSIAL: KPWKM MELAKAR BAKTI, MENJULANG ASPIRASI”

Mesyuarat      12 Oktober 2026      Selangor    

BENGKEL PEMURNIAN BUKU “MENAKHODAI AGENDA SOSIAL: KPWKM MELAKAR BAKTI, MENJULANG ASPIRASI”

12–13 Oktober 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Unit Komunikasi Korporat telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Buku “Menakhodai Agenda Sosial: KPWKM Melakar Bakti, Menjulang Aspirasi” yang mengetengahkan pencapaian, pembaharuan dan impak pelaksanaan dasar serta inisiatif KPWKM sepanjang 2022 hingga 2026.

Penerbitan buku ini bertujuan merekodkan pencapaian dan bahan rujukan strategik yang mencerminkan komitmen berterusan KPWKM dalam memperkasa wanita, melindungi kanak-kanak, memperkukuh institusi keluarga serta meningkatkan kesejahteraan OKU, warga emas dan golongan rentan.

Bengkel yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, ini memberi tumpuan kepada pemantapan naratif, semakan ketepatan fakta dan memuktamatkan kandungan.

Bengkel ini turut disertai oleh Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, Setiausaha Bahagian serta wakil jabatan dan agensi di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option