LENSA KPWKM

BENGKEL PENYELARASAN PEMBANGUNAN DAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (ARPA)

Latihan      28 April 2026      KPWKM    

BENGKEL PENYELARASAN PEMBANGUNAN DAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (ARPA)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Pembangunan dan Penyediaan Kertas Kerja Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) pada 28 April 2026 di KPWKM, Putrajaya. Program yang dihadiri seramai 24 orang peserta daripada pelbagai Bahagian, Jabatan, dan Agensi ini telah dirasmikan oleh Chief Reform Officer, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM .

Penganjuran ini bertujuan memantapkan dokumentasi mengikut piawaian nasional, memperincikan analisis impak serta mengenal pasti jurang perancangan bagi merangka strategi intervensi yang mampan. Selain itu, penetapan KPI strategik yang praktikal turut dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi teknikal pegawai melalui sesi simulasi dan latihan praktikal yang komprehensif.

Sesi ini turut mendapat bimbingan teknikal daripada Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan setiap gerak kerja selari dengan objektif Kerangka ARPA Nasional. Syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen padu dalam memperkasakan agenda penyampaian perkhidmatan Kementerian demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

ATAS
Accessbility Option