LENSA KPWKM

EKONOMI WANITA DIPERKUKUH MENERUSI PELBAGAI PROGRAM DAN INISIATIF KERAJAAN

Program      16 Jun 2025      Pulau Pinang    

Ekonomi Wanita Diperkukuh Menerusi Pelbagai Program dan Inisiatif Kerajaan

16 Jun 2025

Kerajaan sentiasa komited dalam menyediakan ekosistem yang kondusif untuk pembangunan wanita dalam pelbagai bidang. KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah menganjurkan Program Inspirasi Wanita: Womenpreneurs-Shaping The Future Economy.

Program ini menjadi platform perkongsian ilmu dan aspirasi daripada tokoh-tokoh bidang ekonomi untuk mengajak lebih ramai wanita menyertai sektor tersebut seterusnya meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh.

Pelbagai inisiatif, program latihan dan geran telah dirangka untuk membantu golongan wanita dan meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang ekonomi seperti Program Laman Wanita (LaWa), LaWa On The Go, Program KIRANA dan Wanita Gig@BIT.

Dalam mendokong agenda pemerkasaan wanita, KPWKM telah melancarkan Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025-2030 yang menekankan empat tonggak utama iaitu ekonomi, kepimpinan, keselamatan, dan kesejahteraan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Puan Hanani Binti Sapit, Ketua Pengarah JPW dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan serta Agensi Kementerian.

ATAS
Accessbility Option