LENSA KPWKM

YB MENTERI KPWKM TEROKA AMALAN TERBAIK SEMPENA APEC WEF 2026 DI SHANGHAI

Program      16 Mei 2026      Shanghai, China    

YB MENTERI KPWKM TEROKA AMALAN TERBAIK SEMPENA APEC WEF 2026 DI SHANGHAI

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meneruskan penglibatan delegasi Malaysia pada hari kedua APEC Women and the Economy Forum (WEF) 2026 di Shanghai, Republik Rakyat China.

Sempena program tersebut, delegasi Malaysia telah mengikuti lawatan penanda aras ke Shanghai Exhibition Hall of People’s City Practice dan Yangpu V Hub bagi meninjau amalan terbaik serta pendekatan inovatif yang dilaksanakan oleh pihak China dalam memperkukuh pembangunan komuniti, pemerkasaan wanita dan kesejahteraan keluarga. YB Menteri turut ditemu bual oleh wakil media semasa sesi tersebut.

Lawatan ke kedua-dua lokasi ini turut memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan inisiatif bandar mesra rakyat, pembangunan komuniti inklusif, pemerkasaan wanita dan keusahawanan serta pengintegrasian teknologi digital dalam penyampaian perkhidmatan sosial dan ekonomi yang berpotensi untuk dijadikan penanda aras dan diterokai kesesuaiannya untuk dilaksanakan di Malaysia.

Penglibatan aktif Malaysia dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan negara dalam memperkukuh agenda pemerkasaan wanita dan kesejahteraan komuniti di peringkat serantau serta antarabangsa.

ATAS
Accessbility Option