LENSA KPWKM

TALIAN KASIH 15999 PERTINGKAT PROFESIONALISME DALAM PENGENDALIAN PANGGILAN

Latihan      5 Julai 2025      Putrajaya    

Talian Kasih 15999 Pertingkat Profesionalisme Dalam Pengendalian Panggilan

5 Julai 2025 | Sabtu

Bagi memantapkan lagi perkhidmatan Talian Kasih kepada rakyat, Unit Komunikasi Korporat KPWKM telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Penerapan Empati Dalam Komunikasi Kepada Penyelia dan Call Agent Pusat Panggilan Talian Kasih 15999 yang berlangsung di Armada Room, Putrajaya.

Seramai 22 peserta yang terdiri daripada 4 Penyelia, 13 Call Agent dan 4 orang pegawai UKK telah menyertai bengkel ini yang dikendalikan oleh dua penceramah jemputan dari National Centre of Excellence Mental Health (Talian HEAL) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Encik Khairul Amin bin Alias dan Encik Megat Faris Irfan bin Megat Khairudin yang telah berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan empati juga isu-isu kesihatan mental.

Bengkel ini diharapkan akan meningkatkan budaya dan nilai empati dalam komunikasi bersama pemanggil/ klien Talian Kasih. Peserta turut didedahkan dengan input cara menangani tekanan emosi dan stress serta informasi mengenai isu kesihatan mental di Malaysia.

Bengkel ini juga dijadikan medan perkongsian pengalaman antara Talian Kasih 15999 KPWKM dengan Talian HEAL 15555 KKM sebagai antara talian yang menerajui perkhidmatan bantuan sokongan emosi dan psikososial di Malaysia.

ATAS
Accessbility Option