LENSA KPWKM

KASIHNITA MELAHIRKAN IBU TUNGGAL BERDIKARI DAN BERDAYA SAING

Program      15 Julai 2025      Kuala Lumpur    

KasihnITA Melahirkan Ibu Tunggal Berdikari Dan Berdaya Saing

15 Julai 2025

Majlis Peluncuran Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITA) 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Seramai 1500 orang ibu tunggal disasarkan untuk dibimbing melalui program ini meliputi enam zon di seluruh negara bermula Ogos sehingga Disember ini. Program KasihnITA dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama agensi dan tenaga pakar berpengalaman seperti Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Pakar Psikologi Jiwa Damai.

Ia juga memberi pendedahan kepada ibu tunggal untuk menimba ilmu dengan memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu:

???? Modul Pengurusan Kewangan
???? Modul Kemahiran Perundangan
???? Modul Pembangunan Potensi

Pelaksanaan inisiatif ini adalah sejajar dengan matlamat dan kerangka Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025-2030 dalam usaha mendaya upaya serta memperkasa golongan wanita.

ATAS
Accessbility Option