Majlis Perasmian Program Toleransi Sifar Keganasan
17 Mei 2025
Sambutan yang baik diterima konvoi Kembara KASIH KPWKM daripada warga Papar yang sudi hadir memeriahkan Program Toleransi Sifar Keganasan yang berlangsung di Dewan Masyarakat Papar.
KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) terus mempergiat usaha dalam memberi kesedaran mengenai keganasan yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.
Program ini juga menjadi platform bagi menyebar luas advokasi berkaitan gangguan seksual yang bertujuan untuk mencegah dan meningkatkan kesedaran berkaitan dengan gangguan seksual dalam kalangan masyarakat. Isu gangguan seksual yang tidak dibendung dari peringkat awal boleh menjadi antara punca kepada masalah dan isu yang lebih serius antaranya adalah keganasan terhadap wanita.
Turut disampaikan Notis Antigangguan Seksual kepada NGO dan rakan-rakan strategik KPWKM. Antara pengisian lain program ni ialah ceramah Advokasi Antigangguan Seksual oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kenali Tribunal Antigangguan Seksual oleh Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) dan Forum Advokasi Keganasan Rumah Tangga.
Masyarakat diseru untuk bersama prihatin dengan keadaan sekeliling dan laporkan sebarang bentuk keganasan yang berlaku demi mewujudkan persekitaran yang selamat.