LENSA KPWKM

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEMARAK ILMU@ KPWKM 2026

Aktiviti      24 April 2026      KPWKM    

Majlis Pelancaran Semarak Ilmu @KPWKM 2026

24 April 2026

Majlis Pelancaran Semarak Ilmu @KPWKM 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di Pusat Sumber KPWKM, Aras 3 dan telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan melalui Pusat Sumber KPWKM dalam usaha menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga Kementerian serta menyokong sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diraikan pada 23 April setiap tahun.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung, antaranya Sembang Buku bersama Kemn Azmaili, Program Jom Baca Bersama 10 Minit, sesi penyampaian hadiah Pembaca Aktif Tahun 2025, temu mesra bersama penulis serta jualan buku yang melibatkan beberapa pempamer.

Sesi Jom Baca Bersama 10 Minit turut diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi dengan mengangkat tema “Membaca Membina Bangsa”, yang menyaksikan penglibatan warga KPWKM secara serentak dalam usaha memupuk budaya membaca sebagai amalan harian.

Selain itu, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah turut berkesempatan meninjau reruai jualan buku serta beramah mesra bersama para pempamer, diiringi oleh Puan Sri Derwina binti Shaharuddin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan.

Penganjuran program seperti ini diharap dapat terus memperkukuh pembudayaan ilmu dan menjadikan amalan membaca sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat berpengetahuan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

ATAS
Accessbility Option