LENSA KPWKM

ASEAN HIGH-LEVEL SOCIAL PROTECTION CONFERENCE 2026

Program      21 Julai 2026      Filipina    

ASEAN HIGH-LEVEL SOCIAL PROTECTION CONFERENCE 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai ASEAN High-Level Social Protection Conference 2026 yang berlangsung pada 21–22 Julai 2026 di Manila, Filipina. Persidangan anjuran Department of Social Welfare and Development (DSWD), Filipina dengan kerjasama Asian Development Bank (ADB) ini menghimpunkan pembuat dasar, pakar dan rakan pembangunan dari seluruh rantau ASEAN bagi membincangkan usaha memperkukuh sistem perlindungan sosial yang lebih inklusif, responsif dan mampan.

Delegasi Malaysia diketuai oleh YBrs. Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, KPWKM selaku wakil SOMSWD Malaysia. Turut hadir ialah Dr. Dinash Aravind Radhakrishnan dari Kementerian Kesihatan Malaysia mewakili SOHMD Malaysia, Puan Tg. Tijan Marjaini binti Tg. Abdullah dari Kementerian Sumber Manusia mewakili SLOM Malaysia, serta Puan Nur Raihana binti Abdul Rahim dari Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, KPWKM.

Dalam Sesi 6: Evidence-Based Governance and Regional Cooperation, Malaysia yang diwakili oleh YBrs. Encik Asmadi telah membentangkan kertas kerja bertajuk “The Structure and Governance of Social Protection in Malaysia” yang mengetengahkan pendekatan Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus perlindungan sosial melalui kerjasama rentas kementerian dan agensi di bawah MySPC, serta pemanfaatan data dan pendigitalan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui Sistem Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS).

Persidangan ini turut menjadi platform penting untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik dan pendekatan inovatif dalam pembangunan dasar perlindungan sosial, termasuk pengukuhan kerjasama serantau, penggunaan teknologi digital, tadbir urus berasaskan bukti serta pendekatan berasaskan komuniti.

Penyertaan KPWKM dalam persidangan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh sistem perlindungan sosial melalui kerjasama serantau, perkongsian pengetahuan dan inovasi, sejajar dengan usaha memastikan kesejahteraan rakyat serta pembangunan sosial yang lebih inklusif dan mampan.

ATAS
Accessbility Option