Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 (SHWA25) melakar sejarah dengan Pelancaran Setem Pos Khas dengan tema Hari Wanita Antarabangsa 2025 oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini.
Kit Setem Pos Khas SHWA25 pertama kali diterbitkan bagi menyemarakkan sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Ia merupakan setem khas ketiga yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia pada tahun ini.
Antara produk yang terkandung di dalam keluaran kit setem ini adalah dua reka bentuk setem yang disebut sebagai setem “se-tenant”, sampul surat hari pertama dengan cap tarikh istimewa iaitu menggunakan logo Hari Wanita Antarabangsa 2025, poskad dan folder.
Koleksi lengkap keluaran ini boleh didapati di Pejabat Pos terpilih diseluruh negara atau secara dalam talian menerusi laman web Pos Malaysia iaitu www.pos.com.my/shop.
LENSA KPWKM
MAJLIS PELANCARAN SETEM POS KHAS SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2025
Program 8 March 2025 Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur