LENSA KPWKM

MAJLIS PENUTUPAN FORUM KANAK-KANAK ASEAN KE-9

Program      5 Ogos 2026      KPWKM    

Majlis Penutupan Forum Kanak-Kanak ASEAN Ke-9

5 Ogos 2026

Forum Kanak-Kanak ASEAN Ke-9 (9th ACF) melabuhkan tirainya hari ini dengan Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dalam ucapan penutupnya, YB Timbalan Menteri menegaskan bahawa kanak-kanak ialah rakan penting dalam membentuk masa depan ASEAN. Suara, pengalaman dan aspirasi mereka perlu diberi perhatian serta diterjemahkan kepada dasar, program dan tindakan yang memberi impak.

Sepanjang forum, delegasi kanak-kanak dari ASEAN telah mengemukakan cadangan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di rumah, sekolah, ruang dalam talian dan komuniti.

Antara cadangan utama ialah:
- Memperkukuh perundangan perlindungan kanak-kanak.
- Menyediakan lebih banyak saluran pelaporan yang mesra kanak-kanak.
- Memperkasa pelaksanaan dasar anti-buli.
- Memperluas sokongan psikososial dan perkhidmatan inklusif untuk kanak-kanak dalam situasi rentan.

Forum ini turut mengiktiraf tanggungjawab bersama ibu bapa, guru, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil, media dan rakan sebaya dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, inklusif dan bebas daripada keganasan untuk kanak-kanak.

YB Timbalan Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta kanak-kanak, wakil-wakil daripada AMS, Sekretariat ASEAN, Child Rights Coalition Asia (CRC Asia), World Vision East Asia, Asmae Philippines, UNICEF, UNFPA serta rakan strategik lain dan semua pihak yang terlibat sama dalam menjayakan forum ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha KPWKM, Encik Mohd Daud bin Mohd Arif dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd. Zain serta pegawai-pegawai kanan Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option