LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH JOLLY LEARNING UK DAN JOLLY LEARNERS SDN BHD KE ATAS YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Program      15 Mei 2025      KPWKM    

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Jolly Learning UK dan Jolly Learners Sdn Bhd yang diketuai oleh Creena Alison Wong, Pengasas Jolly Learning UK dan Jolly Learners Sdn Bhd.

Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan berkaitan Jolly Learning UK dan Jolly Learners Sdn Bhd kepada KPWKM. Selain itu, turut dibincangkan cadangan perlaksanaan kaedah pembelajaran awal yang berkesan bagi kumpulan sasar terutamanya kanak-kanak dalam mempelajari Bahasa Inggeris dengan teknik yang betul.

KPWKM sentiasa komited untuk menyalurkan tenaga dan kerjasama yang padu bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat khususnya kumpulan sasar di bawah Kementerian dilaksanakan dengan berkesan.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option