LENSA KPWKM

MESYUARAT PERSEDIAAN 2ND JTWG MALAYSIA-SINGAPORE MEETING

Mesyuarat      18 Ogos 2026      KPWKM    

Mesyuarat Persediaan 2nd JTWG Malaysia-Singapore Meeting

18 Ogos 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Ministry of Social and Family Development (MSF) telah mengadakan Mesyuarat Persediaan 2nd JTWG Malaysia-Singapore Meeting secara dalam talian yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Satish Ranggayah, Setiausaha Bahagian (SUB) Hubungan Antarabangsa KPWKM (BHA KPWKM) secara bersama dengan Puan Leow Siu Lin, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, MSF.

Antara perkara yang dibincangkan meliputi perkongsian mengenai pemerkasaan wanita, kerangka kerja sosial, manfaat kad OKU serta pengalaman pelaporan UN CRC selain membincangkan kemajuan kerjasama antara kedua-dua kementerian.

Turut hadir ialah pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Bahagian Kesejahteraan Masyarakat (BKM) dan Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-Kanak dan Keluarga (BWKK), KPWKM. Manakala di pihak Singapura, kehadiran merangkumi pegawai daripada MSF dan Social Service Institute.

ATAS
Accessbility Option