LENSA KPWKM

PROGRAM SKUAD WAJA PERKUKUH KOMITMEN KERAJAAN MADANI DALAM MENINGKATKAN KESEDARAN KESELAMATAN WANITA

Program      18 September 2025      Kuala Lumpur    

Program Skuad Waja Perkukuh Komitmen Kerajaan MADANI Dalam Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Wanita

18 September 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini menganjurkan Program Skuad Waja Siswa Peringkat Wilayah Persekutuan yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Tan Sri Anuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur.

Program ini adalah selaras dengan pelan tindakan Women, Peace and Security (WPS) sebagai usaha melindungi dan menjamin kesejahteraan wanita. Menerusi program ini, isu-isu keganasan khususnya terhadap wanita disebarluaskan dalam usaha menyokong kempen menangani keganasan terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Program ini menghimpunkan kira-kira 350 peserta yang hadir bagi memberi sokongan serta menunjukkan keprihatinan terhadap isu berkaitan.

Modul Skuad Waja yang dibangunkan JPW bertujuan meningkatkan kesedaran siswa tentang keganasan terhadap wanita melalui ilmu psikologi dan informasi jenayah. Program ini juga menjadi platform penyaluran maklumat tepat serta melahirkan siswa sebagai pelapis kepimpinan negara.

Turut sama hadir dalam program ini ialah YBhg. Datuk Che Murad Sayang, Ketua Pengarah JKM, YBhg. Datuk Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, YBrs Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, YBrs Profesor Dr. Shamsul Bin Sahibuddin, Menjalankan Fungsi Ketua Kampus Universiti Teknologi Malaysia (Cawangan Kuala Lumpur) serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option