LENSA KPWKM

PERKKS 2025, DATA DAN PENYELIDIKAN TUNJANG UTAMA MENGURUS PERUBAHAN DEMOGRAFI NEGARA

Program      20 November 2025      Selangor    

PERKKS 2025, DATA DAN PENYELIDIKAN TUNJANG UTAMA MENGURUS PERUBAHAN DEMOGRAFI NEGARA

20 November 2025

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyempurnakan Penutup Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025 (PERKKS 25) yang bertemakan “Megatrend Penduduk dan Dinamik Keluarga : Cabaran untuk Masa Depan Lebih Berkualiti”.

YB Timbalan Menteri dalam ucapannya menyatakan bahawa kepentingan penggunaan data dalam setiap keputusan menjadi asas utama dalam mengurus perubahan demografi negara selari dengan usaha KPWKM dan LPPKN. Pendekatan ini memastikan setiap dasar negara lebih tepat, relevan dan berkualiti, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Dapatan penyelidikan PERKKS 2025 akan diterjemahkan kepada tindakan, dasar dan program sokongan keluarga yang konkrit serta inovatif sebagai tunjang dalam perancangan negara untuk merangka intervensi yang lebih berkesan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.

PERKKS 25 juga telah mengetengahkan dua (2) sesi forum kependudukan berimpak tinggi yang membincangkan isu-isu kritikal yang berkaitan dengan trend demografi Malaysia, khususnya kejatuhan kesuburan dan keperluan membina dasar mesra keluarga yang lebih praktikal dan responsif.

KPWKM dan LPPKN mengucapkan Tahniah kepada lebih 300 peserta termasuk 150 para pembentang atas penyertaan dalam PERKKS 25 yang telah membuktikan komitmen untuk menjadikan penyelidikan sebagai asas untuk menetapkan hala tuju masa depan demografi negara.

ATAS
Accessbility Option