LENSA KPWKM

CRISIS MANAGEMENT SYMPOSIUM FOR COUNSELORS 2026

Program      18 Ogos 2026      KPWKM    

Crisis Management Symposium for Counselors 2026

18 Ogos 2026

Usaha untuk meningkatkan keupayaan kaunselor dalam pengurusan krisis terus diperkukuh melalui penganjuran _Crisis Management Symposium for Counselors 2026_ yang telah diadakan pada hari ini dan disempurnakan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bertemakan “Strengthening Counselors Competency in Crisis Intervention and Psychological Support”, simposium ini merupakan inisiatif susulan daripada Memorandum of Agreement (MoA) antara Lembaga Kaunselor Malaysia dan AirAsia Aviation Management Services Sdn. Bhd yang bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan, kapasiti serta keupayaan respons psikososial dalam menghadapi situasi kecemasan dan krisis.

Keupayaan untuk bertindak dengan tenang, pantas dan beretika dalam situasi krisis amat penting. KPWKM melalui Lembaga Kaunselor terus komited memastikan perkhidmatan kaunseling diberikan oleh kaunselor yang berdaftar dan bertauliah, selain dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan kesiapsiagaan yang bersesuaian untuk memberikan Psychological First Aid (PFA), intervensi krisis, debriefing defusing serta kaunseling kepada mangsa, ahli keluarga dan juga petugas yang terlibat.

Usaha untuk meningkatkan akses masyarakat kepada sistem sokongan psikososial turut diperkukuh melalui kempen “Awak OK Tak?” dan Pusat Panggilan Talian Kasih 15999 yang menyediakan pelbagai bentuk bantuan, termasuk kaunseling, bagi memastikan individu dan keluarga yang memerlukan mempunyai tempat untuk mendapatkan sokongan.

Penganjuran simposium ini adalah selari dengan aspirasi KPWKM untuk memastikan sokongan psikososial dapat disampaikan dengan lebih cepat, profesional, beretika dan berkesan kepada mereka yang memerlukan. Diharapkan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang simposium ini berlangsung dapat meningkatkan kesiapsiagaan kaunselor berdaftar dalam menghadapi pelbagai bentuk krisis.

ATAS
Accessbility Option