Program Santuni Kasih KPWKM Bersama Pesakit Kanak-Kanak
19 Disember 2025
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus perkukuh jalinan mesra bersama kumpulan sasar seperti kanak-kanak dan wanita menerusi Program Santuni KASIH bersama pesakit di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM bersama YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Isteri kepada YAB Ketua Menteri Sabah dan YBhg. Datin Seri Panglima Linda Ewit
Isteri kepada YB Timbalan Ketua Menteri I Sabah, telah beramah mesra dengan pesakit kanak-kanak dan wanita yang sedang menjalani rawatan di hospital tersebut serta menyantuni warga petugas.
Sebanyak 150 sumbangan daripada KPWKM menerusi Yayasan Kebajikan Negara telah disampaikan yang secara langsung membantu meringankan beban kepada pesakit yang dilawati.
Turut hadir dalam program ini ialah Yang Berusaha Puan Nordina Harun, Ketua pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara dan barisan pengurusan tertinggi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah.