LENSA KPWKM

KPWKM TERUS MENYOKONG PELAKSANAAN TINDAKAN IKLIM YANG INKLUSIF DI PERINGKAT ASEAN

Mesyuarat      14 Februari 2026      Kemboja    

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus menyokong pelaksanaan tindakan iklim yang inklusif di peringkat ASEAN.

KPWKM telah menyertai Regional Dialogue on Sharing Good Practices and Lessons Learned on Social Inclusion of Climate Change on Women and Children in ASEAN yang berlangsung di Siem Reap, Kemboja pada 12–13 Februari 2026.

Dialog ini menjadi platform penting bagi pertukaran amalan terbaik serta pengukuhan kerjasama serantau dalam menangani impak sosial perubahan iklim, dengan penekanan kepada perlindungan dan pemerkasaan wanita, kanak-kanak serta orang kurang upaya.

Dalam sesi dialog tersebut, Delegasi Malaysia telah membuat pembentangan mengenai hubungan (nexus) antara perubahan iklim dan gender, dengan menekankan bagaimana agenda Women, Peace and Security (WPS) berperanan sebagai penghubung strategik antara kedua-dua isu. Malaysia turut berkongsi pengalaman dan amalan terbaik negara dalam sistem pengurusan bencana yang berteraskan keterangkuman.

Seramai tiga pegawai KPWKM, termasuk wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dr. Satish Ranggayah, En. Rossaffie bin Ismail (JKM) dan Pn. Nurul Asyikin binti Saharani telah menghadiri dialog ini bagi menyatakan komitmen Malaysia terhadap keutamaan serantau yang telah dipersetujui.

ATAS
Accessbility Option