LENSA KPWKM

‘ORANGE THE WORLD WALKATHON 2025’ SEMARAKKAN SOKONGAN MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA

Program      30 November 2025      Kuala Lumpur    

‘Orange The World Walkathon 2025’ Semarakkan Sokongan Menangani Keganasan Terhadap Wanita

30 November 2025

Lebih 1,000 peserta membanjiri Dataran DBKL hari ini bagi menyertai ‘Orange the World (OTW) Walkathon 2025’, sebuah program nasional yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan menyemarakkan sokongan untuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

Program bersempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) 2025 ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kempen anjuran Inner Wheel Club Kuala Lumpur ini menjadi simbol komitmen berterusan bahawa isu keganasan terhadap wanita bukan lagi dianggap sebagai masalah peribadi, sebaliknya merupakan isu sosial yang mampu menggugat keharmonian keluarga, kesejahteraan komuniti serta masa depan negara.

Program ini turut mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan The Malaysian Book of Records bagi kategori ‘Perhimpunan Walkathon Terbesar bagi Menangani Keganasan Terhadap Wanita’.

KPWKM menzahirkan penghargaan kepada rakan strategik dan NGO, khususnya Inner Wheel Club Kuala Lumpur atas sokongan padu dan komitmen dalam memperkukuh usaha kerajaan memartabatkan kesejahteraan masyarakat, terutamanya wanita.

ATAS
Accessbility Option