Program Mencapai Kesaksamaan Gender dan Perlindungan Kepada Wanita serta Kanak-kanak
29 Ogos 2026, Bangi Resort Hotel
Suatu forum antarabangsa yang merealisasikan dasar ke arah tindakan bersasar dalam usaha ke arah kesaksamaan gender dan perlindungan kepada wanita serta kanak-kanak telah menghimpunkan kumpulan penyelidik, ahli akademik, pembuat dasar, serta pakar ekonomi untuk berkongsi pengalaman.
Forum itu telah dianjurkan oleh Guardian Girls Malaysia Southeast Asia Women Citizen Dialogue (SEA-WCD) bersama rakan strategik antarabangsa iaitu United Nations Population Fund (UNFPA) dan The Japan Foundation.
Matlamat utama penganjuran ialah untuk mencapai kesaksamaan gender dan menghentikan keganasan terhadap wanita serta kanak-kanak perempuan.
Selain itu, forum ini turut memperkukuh perlindungan kepada wanita melalui sukan, pendidikan, dan penglibatan masyarakat sivil untuk melatih kemahiran perlindungan diri (atau self-protection) dan sekali gus membina keyakinan diri wanita.
YBrs. Encik Mohd Daud Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarajat (KPWKM), telah menyampaikan ucaptama yang menyentuh tentang polisi dan program KPWKM berkaitan perlindungan kepada Wanita.
Turut hadir ialah Prof Dato' Sufian Jusoh, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); HE Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun ke Malaysia; Dr Julitta Onabanjo, UNFPA) Country Representatives of Malaysia; Professor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO); dan Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).