Sambutan 80 Tahun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
3 September 2026
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-80 penubuhannya setelah lapan dekad menyantuni masyarakat dan menyampaikan perkhidmatan kebajikan sejak tahun 1946.
Merupakan salah satu agensi utama di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); sambutan hari bermakna ini bertemakan “Menyantuni Rakyat, Memperkasa Masyarakat” dan telah disempurnakan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.
JKM terus berkembang sebagai peneraju perlindungan sosial negara dan melakar pelbagai kejayaan pemodenan perkhidmatan antaranya:
• Kejayaan pelaksanaan projek
berimpak tinggi menerusi pengintegrasian Sistem eBantuanJKM dan Sistem
iSPEKS yang mempercepatkan rantaian penyaluran bantuan kepada rakyat.
• Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026
• Pengukuhan Sistem Perlindungan Kanak-Kanak & Warga Emas
• Penghargaan buat petugas barisan hadapan JKM yang sentiasa bersiap sedia di lapangan dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semasa krisis bencana.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat seluruh warga kerja JKM terdahulu hingga kini yang kekal komited dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan kumpulan rentan.
Peranan yang digalas JKM tidak mudah dan besar cabarannya. Namun segala pencapaian JKM selama lapan dekad ini mencerminkan komitmen JKM untuk terus memperluas kaedah penyampaian perkhidmatan kebajikan, selaras dengan perubahan keperluan dan cabaran masyarakat, di samping memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan negara.
Tahniah JKM atas 80 tahun khidmat bakti kepada masyarakat. Teruskan melangkah dengan mengekalkan kecemerlangan di masa hadapan.