LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH JELITA TVET WOMEN ACADEMY SDN. BHD. KEPADA YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Mesyuarat      10 Jun 2025      KPWKM    

Kunjungan Hormat oleh Jelita TVET Women Academy Sdn. Bhd Kepada YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

10 Jun 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Jelita TVET Women Academy Sdn. Bhd yang diketuai oleh YBhg. Datuk Haryaty, Lembaga Pengarah Jelita TVET Women Academy Sdn. Bhd.

Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Jelita TVET Women Academy Sdn. Bhd kepada KPWKM di samping membuka ruang kolaborasi strategik yang dapat dilakukan bersama Jelita TVET Women Academy Sdn. Bhd bagi pemerkasaan wanita melalui penggunaan aplikasi AI.

KPWKM sentiasa komited dalam memastikan aktiviti serta program kesejahteraan dan pembangunan kumpulan sasar di bawah KPWKM khususnya golongan wanita dapat dilaksanakan dengan efektif.

Turut sama hadir dalam sesi kunjungan hormat ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM serta wakil-wakil daripada Jabatan Pembangunan Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.

ATAS
Accessbility Option