LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)

Mesyuarat      13 Mac 2026      KPWKM    

Kunjungan Hormat Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM)

13 Mac 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Pertemuan ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam agenda pembudayaan integriti nasional, memandangkan peranan KPWKM sebagai kementerian induk di mana penerapan nilai murni bermula daripada institusi keluarga.

Antara fokus perbincangan termasuk:

1. Memperkenalkan Kerangka Strategi Pembudayaan Integriti Nasional melalui Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE)
2. Cadangan kolaborasi dalam Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa), Modul Integriti Keluarga (MIKe) serta inisiatif Integrity Youth Ambassador (IYA)
3. Penggunaan Profil Integriti Individu (IIP) bagi menilai pembangunan bakat dan budaya integriti dalam organisasi.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM; YBrs. Dr. Shahrulnaim bin Mohd Amin, Ketua Unit Integriti KPWKM; Encik Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi IIM; serta barisan pengarah pusat dari pihak IIM.

KPWKM terus komited memastikan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang berintegriti dan amanah, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

ATAS
Accessbility Option