LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN WARGA EMAS BERSAMA-SAMA KERAJAAN NEGERI

Program      4 November 2026      Pilihan    

SESI LIBAT URUS RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN WARGA EMAS BERSAMA-SAMA KERAJAAN NEGERI

4 November 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Warga Emas bersama-sama Kerajaan Negeri bagi mendapatkan pandangan dan input dalam memantapkan penggubalan RUU berkenaan.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPWKM, dengan pembentangan kerangka dasar oleh YBrs. Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, KPWKM.

Sebagai SLU ketiga bersama-sama dengan Kerajaan Negeri, sesi ini merupakan platform penting untuk memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Hal ini berikutan agenda kebajikan sosial merupakan tanggungjawab bersama kedua-dua Kerajaan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

KPWKM akan meneruskan beberapa siri SLU bersama-sama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memperhalusi serta menambah baik inti pati RUU ini.

Bersama memperkukuh perlindungan, demi kesejahteraan warga emas.

Turut hadir ialah YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta wakil-wakil Kerajaan Negeri, Jabatan Wilayah Persekutuan, Penasihat Undang-undang Kementerian, JKM, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan pegawai berkaitan.

ATAS
Accessbility Option