Larian MAPPA XX 2025
2 Ogos 2025
Membawa sokongan padu inisiatif gaya hidup sihat, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini bersama-sama warga KPWKM menyertai Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) 2025 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Acara larian yang turut disertai seramai 12000 warga sekitar Putrajaya dengan menghimpunkan pelbagai lapisan rakyat bersama pemimpin dan pegawai awam ini mencerminkan keprihatinan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat di samping menyemai semangat muhibbah dan perpaduan sesama rakyat Malaysia.